016 221 4280

Language:

English

ViDrop?

Kami adalah sebuah syarikat penggabung dropship ("Dropship Aggregator") yang berminat dengan perkembangan eCommerce dan ingin menjadi sistem dropship No. 1 di Malaysia dengan membantu bisnes online dan pengeluar produk IKS tempatan. Misi kami di Vidrop adalah untuk memberikan perkhidmatan lengkap bagi sesiapa yang ingin memulakan bisnes online, tidak kira secara sepenuh masa atau separa masa

Bakal usahawan dropship yang hebat sekalian,Bisnes dropship ni memang best dan boleh memberikan keuntungan yang sangat lumayan (Kalau buat betul-betul la!). Cakap saja nak income RM 100 000? RM 50 000? atau RM 10 000? Semuanya tak mustahil dengan bisnes dropship (jika buat betul-betul!). Trend bisnes dropship memang tengah hot sekarang ni dan ramai yang berduyun-duyun dan berbondong-bondong datang dan berminat untuk join.

Tapi... (ada tapi la pulak!), ramai juga orang yang baru terjun dalam bisnes dropship ni jatuh tergolek dan kecewa! Mereka sangkakan cerah hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari. Jangan cakap boleh untung puluh ribu, tapi nak dapat puluh ringgit pun susah! Itu belum cerita lagi tentang hutang dengan facebook sebab iklan guna fbads, pinjam duit saudara-mara dan juga kawan-kawan, dan ada sampai hutang dengan bank semata-mata nak belajar dan buat marketing untuk berjaya dalam bisnes online.

PENGALAMAN 15 TAHUN ONLINE MARKETING

Kami kongsikan ilmu dan pengalaman kami dalam Online Marketing untuk anda yang ingin berjaya

TAWARAN PRODUK HEBAT

Hanya produk yang terbaik sahaja ditawarkan di platform kami

KOMISYEN JUALAN MENARIK

Tawaran sehingga 50% komisyen Jualan kepada Agent kami

ViDROP sebagai Platform Dropship Terbaik Di Malaysia

Sertai kami sebagai agen dropship, pemborong dan pengeluar produk

Daftar & Sertai Team Kami

Tawaran ViDROP Untuk Anda

Trend Terkini Jana Income Berpuluh Ribu Hanya Melalui Bisnes Dropship!

Tak Perlu Modal Yang Besar!
Tak Perlu Simpan Stok!
Tak Perlu Pos Produk Kepada Pelangan!

Kegagalan Usahawan Dropship!

Berikut adalah sebab-sebab utama kenapa ramai peniaga dropship GAGAL!

Salah Pilih Produk!

Disebabkan terlalu 'excited' nak buat berjaya cepat, mereka terus daftar sebagai ejen dropship tanpa buat kajian terlebih dahulu. Mereka tak buat kajian samada produk tersebut ada permintaan atau tidak

Margin Untung Yang Rendah!

Biasanya pemilik produk hanya menyediakan komisyen sekitar 10% hingga ke 15% saja untuk ejen dropship mereka. Ada yang lebih teruk lagi, hanya 5% ke 10% sahaja! Bagi peniaga dropship yang baru dan tiada ilmu yang cukup, mungkin mereka nampak komisyen 10% ke 15% itu sudah cukup untuk mereka. Tapi hakikatnya, dunia sebenar sangat kejam buat mereka

Tak Tahu Cara Closing Sales!

Marketing yang kencang tanpa kemahiran closing sales akan menghabiskan modal bisnes anda sedikit demi sedikit sehingga anda tutup kedai dan GAGAL!

Bahan Promosi Tidak Berkesan!

Bila sebut saja bisnes online, bahan-bahan promosi nak digunakan mestilah power! Kalau bahan promosi yang digunakan tak menarik, memang susah untuk menarik pelanggan untuk klik iklan kita. Lebih-lebih lagi bagimereka yang berniaga melalui medium facebook. Gambar dan ayat menjual (copywriting) memainkan peranan yang sangat penting untuk menukarkan prospek kepada pembeli.

Kelebihan Platform ViDROP.MY

Ok... lihatlah kelebihan-kelebihan yang ada pada sistem ViDrop.my sepertima yang tersenarai di bawah. Moga ianya terbaik untuk anda yang boleh membantu ekonomi hidup anda dan buat anda berjaya dan happy!

Tim Pemasaran Yang Komited!

Tim yang dibentuk untuk membina, mengurus dan menyelaras sistem ini amat komited. Mereka ada tugasan masing-masing untukm memastikan mereka fokus pada servis dan mampu membantu anda dan siapa saya yang berhubung dengan sistem ini

Terkini, Mudah & Cepat!

Terkini, mudah dan cepat adalah fokus ViDrop.my. Ini memberi kemudahan dan menjimatkan masa anda. Hanya login dan pilih produk yang nak dijual, terus promot sampai dapat jualan. Bila dapat order, ejen terus order pada sistem dan buat bayaran kepada pemilik produk untuk proses penghantaran

Khidmat Pelanggan Yang Superb!

Kunci utama setiap perniagaan yang berjaya adalah pelanggan yang berpuas hati dan gembira. Kami akan pastikan yang proses maklum balas pelanggan kami sentiasa tip top dan efektif. Laporan analisa prestasi jualan bulanan di sediakan untuk perancangan strategi pemasaran anda bagi memaksimumkan keuntungan yang akan anda perolehi melalui ViDrop.my

Produk Laku Keras!

Kami akan memastikan yang produk-produk yang berada dalam sistem ViDrop adalah produk yang laku keras dan mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran. Produk yang tak laku dan tidak ada potensi membantu ejen dropship buat jualan, kami buang awal-awal. Ini kami jamin!

Pemilik Produk Yang Dipercayai!

Kami pilih pemilik produk yang memang betul-betul boleh dipercayai dan komited dengan sistem kami. Tujuannya hanya satu, untuk memastikan penipuan dan penindasan tidak sekali-kali berlaku ke atas ejen-ejen dropship yang menggunakan sistem kami

Komisyen Sehingga 50%!

Kami akan pastikan komisyen yang anda terima adalah berbaloi untuk anda. Kami tak ambil keuntungan melalui jualan anda. Ini bermakna anda akan terima komisyen anda bersih tanpa sebarang potongan dari ViDrop.my!

Bahan-bahan Promosi Disediakan!

Bahan marketing setiap produk kami sediakan. Anda hanya pilih dan guna! Kami akan pastikan bahawa bahan-bahan promosi seperti gambar iklan dan ayat copywriting untuk setiap produk adalah mampu membantu anda sebagai ejen dropship. Bukan itu sahaja kami juga akan pastikan yang bahan-bahan promosi tersebut sentiasa dikemas kini sesuai mengikut peraturan Facebook terkini. Anda boleh gunakan bahan-bahan promosi tersebut tanpa was-was

Video Teknik Pemasaran Terkini!

Selain itu, anda juga dibimbing oleh team training ViDrop.my kelas dan bengkel, siri webinar yang konsisten, video step by step teknik pemasaran dan lain-lain. Matlamat kami agar anda dibantu sebaik yang boleh agar usaha anda untuk menjadi ejen dropship yang berjaya dan kaya raya membuahkan hasil... Anda berjaya, kami gembira! Itu motto team kami.

Plan Harga Dropship

Jadi, bagaimana untuk sertai kami? Jika berminat anda boleh sertai kami melalui 2 pelan yang telah kami sediakan mengikut kesesuaian anda. Anda boleh pilih yang mana anda suka!

RM0
Percuma
  • Langganan Percuma
  • Komisyen:15%-20%
  • Bahan Promosi
  • Starter Kit Video Teknik Pemasaran
RM25
sebulan
  • Langganan Setahun
  • Komisyen:21%-50%
  • Bahan Promosi
  • Starter Kit Video Teknik Pemasaran
  • Webinar Bulanan
  • Training (Kelas)
  • Diskaun DVD Marketing (35%)
  • Sesi Bersama Pemilik Produk
  • Facebook Support Group
RM30
sebulan
  • Langganan 6 Bulan
  • Komisyen:21%-50%
  • Bahan Promosi
  • Starter Kit Video Teknik Pemasaran
  • Webinar Bulanan
  • Training (Kelas)
  • Diskaun DVD Marketing (35%)
  • Sesi Bersama Pemilik Produk
  • Facebook Support Group
Soalan Lazim
Sistem ViDrop direka khas untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes dropship dengan mudah, cepat dan selamat. Sistem ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja bermula dan juga mereka yang berpengalaman dalam bisnes dropship.
Sistem ViDrop direka khas untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes dropship dengan mudah, cepat dan selamat. Sistem ini sesuai untuk mereka yang baru sahaja bermula dan juga mereka yang berpengalaman dalam bisnes dropship.
Kalau saya ambil pelan percuma, boleh upgrade ke pelan berbayar?
Sistem akan tukar secara automatik pelan anda kepada pelan percuma sekiranya anda tidak memperbaharui pelan anda.
Tidak, kelebihan yang terdapat pada pelan berbayar akan hilang secara automatik selepas pelan anda bertukar kepada pelan percuma.

Maklumbalas Anda

Ada persoalan yang bermain difikiran Anda? Jangan biarkan isu tersebut menghalang Anda untuk menjana Pendapatan Ribuan ringgit bersama kami...

Hubungi Kami
KNFN Marketing
No.91-B, Jalan Diplomatik, Percint 15, Putrajaya
Tel : 016 221 4280